MODA Shifter 400X dilancarkan dengan 2 warna, harga badan dari RM23,888

MODA Shifter 400X secara rasminya dilancarkan di pasaran Malaysia oleh pihak MDua Motor pada pagi tadi, dengan harga badan RM23,888.

Ini adalah produk skuter kedua diedarkan anak syarikat kepada Mdua Motor Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat AFY Mobility Industries (AMI) di Malaysia selepas peluncuran skuter MODA Sporter S pada awal tahun ini.

Seperti kru kami laporkan, ada dua warna ditawarkan iaitu Ninja Black (hitam) dan Ultra White (putih). Model ini pasti menjadikan saingan lebih sengit untuk kelas skuter 300 hingga 400cc. 

Ini data teknikal (spesifikasi) MODA Shifter 400X:

    • Enjin 4 strok silinder tunggal 333cc 4-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
    • Kuasa maksimum 29.1hp @ 7,000rpm.
    • Tork puncak 33.5Nm @5,500rpm.
    • Transmisi automatik
    • Kelajuan maksimum 138km/j.
    • Brek cakera tunggal 276mm depan.
    • Brek cakera tunggal 240mm belakang.
    • Ada sistem brek ABS depan-belakang.
    • Ada Sistem Kawalan Traksi (Traction Control – TCS).
    • Tayar depan 120/70-14.
    • Tayar belakang 150/70-13.
    • Menggunakan sistem penghidup tanpa kunci (keyless).
    • Tangki minyak 13.1 liter.
    • Ada kamera dashcam depan belakang
    • Lampu depan jenis LED adaptif
    • Lampu belakang ada ciri ESS
    • Meter TFT 7 inci
    • Ada sensor pemantau tekanan tayar (TPMS).

    • Dua port pengecasan – USB 12V standard dan soket pemetik api 12V.

KOLEKSI GAMBAR MODA SHIFTER 400X