Model naked bike 3-silinder CFMOTO 675NK akan lancar bulan ini?

CFMOTO 675NK (2025)

Bulan lepas saja, CFMOTO Malaysia sudah lancar dua model baru iaitu CFMOTO 250NK Lite dan CFMOTO 800MT-X ke pasaran tempatan.

Sekarang timbul cerita baru… CFMOTO nak lancar satu lagi model naked iaitu CFMOTO 675NK pada pertengahan bulan ini. Ini boleh dikira sebagai versi tanpa fairing 675SR-R.

Tarikh jangkaan pelancarana ialah 21 Jun 2025 bersempena acara perasmian kedai CFMOTO Flagship Store di Ipoh, Perak.

CFMOTO 675NK akan jadi model naked kelima CFMOTO Malaysia selepas 250NK, 250NK Lite, 450NK dan 800NK.

Belum ada informasi tentang harga CFMOTO 675NK. Bawah ini ialah data perincian (spesifikasi) CFMOTO 675NK di pasaran antarbangsa:

CFMOTO 675NK 2025
Enjin3 silinder, DOHC, 12 injap
Kapasiti675cc
Kuasa maksimum94hp @ 11,000rpm (70kW)
Tork maksimum70Nm @ 8,250rpm
Bore x Stroke72mm x 55.2mm
Nisbah mampatan11.5 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearmanual 6 kelajuan klac Assist & Slipper
Suspensi depanFork USD KYB 41mm boleh laras
Suspensi belakangMonoshock KYB boleh laras
Tayar depan120/70 - 17
Tayar belakang180/55 - 17
Brek depanCakera kembar 300mm kaliper 4 piston J Juan
Brek belakangCakera tunggal 240mm kaliper piston tunggal
Panjang2,020mm
Lebar849mm
Tinggi1,155mm
Jarak dari bumi150mm
Jarak roda1,400mm
Tinggi tempat duduk810
Tangki minyak15 liter
Berat189kg
Bonus- Set lampu LED penuh
- Ada opsyen T-Box
- Cornering ABS
- Penyejukan brek
- Skrin meter TFT 5 inci melengkung
- Ada ABS
- Ada Kawalan Cengkaman (TCS)
- Quickshifter up-shift