SYM ADX400TG untuk rider adventure sebenar, tangkas berkuasa, harga badan RM29,888

SYM ADXTG400 sudah lancar di Malaysia dan harganya macam apa dijanjikan MForce Bike Holdings (MForce) iaitu tak sampai RM30,000.

Harga badan rasminya cuma RM29,888. SYM ADXTG400 ini ialah model yang dikeluarkan kilang SYM di Taiwan sebelum dihantar ke Malaysia untuk projek pemasangan CKD.

ADXTG400 ini bukan dari kilang SYM yang ada di China atau Vietnam. Model ini datang terus ke Malaysia dari Taiwan dan sudah tentu akan datang kesan kepada kos harga.

Walau bagaimanapun, harga tetap macam yang Ketua Pegawai Operasi MForce, Tuan Asri Ahmad janjikan dulu.. bawah RM30,000.

Pemilik pertama SYM ADXTG400 sudah terima skuter beliau, siapa lagi kalau bukannya Kapten Nik. Stok skuter ini akan masuk kedai motor di seluruh negara sebelum akhir bulan ini.

SYM ADXTG 400
Enjin1 silinder, SOHC, 4-injap dengan Hyper VVT (2 cam untuk high dan low speed).
Kapasiti399cc
Kuasa maksimum25.7kW @ 7,000rpm (34.5hp)
Tork maksimum37.2Nm @ 5,500rpm
Bore x Stroke83mm x 73.8mm
Nisbah mampatan10.5 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearCVT automatik
Suspensi depanFork USD 41mm, travel 140mm
Suspensi belakangabsorber monoshock
Tayar depan120/70 - 15
Tayar belakang150/70 - 14
Brek depanCakera 275mm kaliper 4 piston radial
Brek belakangCakera 233mm kaliper 2 piston
Panjang2,166mm
Lebar920mm
Tinggi1,460mm
Jarak dari bumi160mm
Jarak roda1,535mm
Tinggi tempat duduk790mm
Tangki minyak13 liter
Berat213kg
Bonus- Sistem ABS Bosch dengan mode Off-road
- Ada hand guard dan engine guard
- ada USB
- Dua pengimbang dalam enjin
- Dua pam minyak untuk pelinciran setiap masa
- windshield boleh laras 2 tahap (manual)
- Ada Traction Control
- Meter LCD berwarna
- ruang simpanan 32 liter
- Swing arm macam motosikal
- bar hendal boleh dilaras