CFMOTO 250NK Lite: Motosikal 250cc tapi harga jauh lagi murah dari motor Jepun 150cc?

Kami pernah bercerita tentang CFLITE by CFMOTO. Dan ada pengedar pun awal-awal ambil tempahan model CFMOTO 250NK Lite semenjak beberapa minggu lepas.

CFMOTO 250NK Lite ini juga dilancarkan selepas QJMOTOR AX200S dan harganya betul-betul menggugat kategori motosikal naked 250cc. Motosikal 250cc tapi harga badan RM9,888.

Bagaimana CFMOTO boleh jual motosikal baru kategori suku liter (250cc) dengan harga rendah macam ini? Dan jenama CFMOTO ini bukan baru atau cap ayam tapi dah popular dan diterima ramai pengguna di banyak negara macam di Eropah.

Kembali semula ke topik CFMOTO 250NK Lite. Kalau ikut laporan kamiĀ  ini datang dengan tiga jenis versi dan Malaysia dapat versi spesifikasi paling tinggi. Ada brek ABS dan injection (suntikan bahan api – EFI).

Bukan saja spesifikasi tertinggi tapi warna pilihan pun lagi banyak. Ada empat warna CFMOTO 250NK Lite untuk dipilih – Nebula White, Nebula Black, Zephyr Blue dan Bordeaux Red.

Satu benda baik untuk kita sebagai pengguna. Motosikal ini berharga murah tapi item yang diberi sama macam yang ada pada motosikal mahal. Ini data perinciannya (spesifikasi):

CFLITE 250NK EFI ABS
Enjin1 silinder, DOHC
Kapasiti249cc
Kuasa maksimum20.5kW @ 9,750rpm (27.5hp)
Tork maksimum22Nm @ 7,500rpm
Bore x Stroke72mm x 61.2mm
Nisbah mampatan11.3 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gear6-kelajuan manual
Suspensi depanFork teleskopik biasa 37mm
Suspensi belakangabsorber monoshock
Tayar depan110/70 - 17
Tayar belakang140/60 - 17
Brek depanCakera 292mm, kaliper 4 piston
Brek belakangCakera 220mm, kaliper 1 piston
Panjang1990 mm
Lebar780 mm
Tinggi1070 mm
Jarak dari bumi150 mm
Jarak roda1360 mm
Tinggi tempat duduk795 mm
Tangki minyak12.5 liter
Berat kasar158kg
Bonus- Ada USB Type A dan Type C
- Lampu depan-belakang LED
- Ada Hazard Light
- Sistem brek ABS depan belakang