KTM bakal melancarkan model sports baharu KTM 990 RC R 2025

Untuk peminat model naked berprestasi tinggi, KTM Malaysia baru-baru ini telah melancarkan dua buah model baharu yang cukup menarik, iaitu KTM 990 Duke 2024 dan KTM 1390 Super Duke R 2024. Namun untuk peminat model dalam kategori sports, setakat ini belum ada mana-mana model keluaran KTM yang menyamai prestasi seperti mana kedua-dua model naked itu.

Bagaimanapun, KTM baru-baru ini telah menghadirkan berita gembira, apabila mereka telah pun mendedahkan prototaip sebuah model sports terbaharu. Dikenali dengan nama KTM 990 RC R, model itu dilengkapi enjin LC8c yang bertaraf EURO5+, dengan kuasa maksimum 128PS dan tork 103Nm. Menurut KTM, model sports terbaharu itu bakal tiba secara rasmi pada awal 2025.