Honda CBR400R FOUR E-Clutch: Model konsep sportbike ‘lahir’ kerana China?

Muncul balik selepas ‘ghaib’ lebih 30 tahun? Apa ceritanya?

Itu antara soalan yang bermain dalam fikiran selepas Honda mempertontonkan model konsep Honda CBR400R FOUR E-Clutch di Osaka Motorcycle Show 2026.

Tayangan model konsep Honda CBR400R FOUR E-Clutch memberi petunjuk bahawa Honda mungkin ingin kembali bermain dengan saingan sportbike kelas pertengahan 4 silinder sebaris.

Sebelum bercerita lebih lanjut, di bawah ini adalah dua gambar sportbike 4 silinder sebaris (4-inline) 400cc yang pernah Honda tawarkan kira-kira tiga dekad lalu.

Mengapa Sportbike Kelas Pertengahan ‘Ghaib’?

Ada beberapa sebab mendorong pengeluar motosikal Jepun untuk meninggalkan segmen sportbike 4-inline kelas pertengahan (400cc hingga 600cc).

Antaranya ialah kawalan emisi semakin ketat, kos makin mahal dan trend pengguna lebih cenderung ke arah motosikal dwi-silinder kelas sama.

Honda Langkah Ikut Trend Pengguna

Honda sebenarnya tidak hilang terus daripada segmen sportbike kelas pertengahan tetapi menyesuaikan diri dengan keadaan semasa (peralihan trend pengguna).

Ini terbukti pada tahun 2012 apabila Honda memperkenalkan tiga model kelas 500cc iaitu sportbike Honda CBR500R, naked bike Honda CB500F dan model crossover Honda CB500X.

Semua model itu menggunakan enjin 2-silinder sebaris berkapasiti 471cc. Malah trio itu juga pernah dijual di Malaysia oleh pihak Boon Siew Honda.

Honda CBR500R (2021)

Honda CBR500R (2021)

Mengapa Honda Ubah Fikiran?

Kami tiada jawapan rasmi daripada Honda.

Tapi kami dapat merasakan … dorongan Honda untuk kembali bersaing adalah disebabkan oleh pesaing-pesaing dari China.

Jenama seperti CFMOTO, KOVE, QJMOTOR, VOGE dan ZXMoto sudah memperkenalkan sportbike ‘4 dapur’ mereka.

Ada model dimaksudkan itu sudah berada dan akan masuk Malaysia seperti CFMOTO 500SR VOOM dan QJMOTOR SRK 450RR.

Tak lupa juga model Kawasaki Ninja 400 sebelum kedatangan Ninja ZX-4RR dan ZX-4R SE ke pasaran Malaysia.

Honda membuka langkah kembali dengan penampilan model sportbike CBR500R Four semasa Pameran Perdagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) pada September 2025. Bukannya di Jepun tapi di China!

Honda CBR400R FOUR E-Clutch untuk Siapa?

Honda CBR400R FOUR E-Clutch ini berbeza karakter dengan Kawasaki Ninja ZX-4R. Motosikal dengan karakter berbeza.

  • Kawasaki Ninja ZX-4R lebih berat ke arah aspek prestasi tunggangan.
  • Honda CBR400R FOUR E-Clutch adalah model all-round sport yang mengimbangi keselesaan dan prestasi.

Boleh dikatakan Honda CBR400R FOUR E-Clutch ini dibina dengan fokus untuk tunggangan harian dan kategori pembeli yang lebih luas – penunggang baru atau pencari sportbike santai.

Salah satu sasaran pasaran untuk model Honda CBR400R FOUR E-Clutch ini seolah-olah menampakkan atau mungkin juga China. Mengapa?

Sebab Honda sudah sedar segmen fairing penuh kelas pertengahan di situ semakin mengembang semenjak setahun-dua tahun lepas. Ini ada diceritakan dalam laporan Young-Machine.

Satu perkara yang tidak dinafikan ialah Asia termasuk China dan juga India adalah kantung pendapatan utama banyak pengeluar motosikal utama dunia termasuk Honda. Inilah lubuk emas.

ARTIKEL BERKAITAN