Month: January 2026

Yamaha Ego Avantiz (2026) tampil dengan 3 warna baharu, harga badan RM5,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan pilihan warna baharu untuk skuter Yamaha Ego Avantiz yang didatangkan dengan 3 warna menarik iaitu hitam, biru dan hijau. Yamaha Ego Avantiz (2026) ini dengan skim warna baharu akan berada di semua kedai pengedar sah Yamaha di seluruh negara mulai 12 Januari 2026. Harga badan yang disyorkan ialah RM5,998 […]

Aveta Nova 160 SE (2026): 2 warna baharu & hanya 1,000 Mantis Green jadi Edisi Terhad, harga badan RM8,088

Aveta Global Marketing (Aveta Malaysia) membuka tirai tahun 2026 dengan pengenalan warna pilihan baharu untuk skuter Aveta Nova 160 Signature Edition (SE). Aveta Nova 160 Signature Edition (SE) diperkenalkan bermula tahun lalu sebagai model versi dipertingkat dan menggantikan tempat Nova 160 Standard. APA MENARIK TENTANG WARNA BAHARU AVETA NOVA 160 SE? Aveta memperkenalkan warna dua […]

Kawasaki Ninja ZX-4R SE dan Ninja ZX-4RR (2026): Ini spesifikasi dua supersport terbaru di Malaysia, guna lencana Modenas

Modenas Kawasaki Ninja zx-4r se dan 4rr

Kawasaki Malaysia kini menawarkan sportbike Kawasaki Ninja ZX-4R yang nampaknya menggunakan lencana Modenas pada bahagian depan dan sisi motosikal. Ini bermaksud, model ini juga akan dipanggil sebagai Modenas Ninja ZX-4R dan didatangkan dengan dua varian pilihan dengan harga badan bawah RM43,000. Ada dua varian versi pemasangan tempatan (CKD) di kilang Modenas di Kedah ditawarkan kepada […]

Pusat Servis MForce Segambut baharu bakal beroperasi tidak lama lagi, siap ada mesin dyno?

Pusat Servis MForce Segambut

Pusat servis sedia ada MForce Bike Holdings (MForce) yang terletak di Jalan Segambut Atas, Kuala Lumpur akan berpindah sepenuhnya ke lokasi baharu tidak lama lagi. Proses perpindahan dan peralihan operasi akan berlaku dalam masa terdekat sebaik sahaja semua kerja-kerja akhir pembinaan dan pemasangan siap sepenuhnya. Premis baharu MForce juga terletak sama di kawasan Segambut iaitu […]

Yamaha SR400: Antara model motosikal ikonik yang tinggalkan pasaran kerana…

Yamaha SR400 ialah antara model ikonik yang terpaksa dihentikan tawaran apabila tidak lagi mampu memenuhi syarat-syarat terbaru yang ditetapkan pihak berkuasa. Yamaha SR400 diperkenalkan pada tahun 1978 sebelum diumumkan akan ditamatkan pengeluaran pada tahun 2021. Motosikal ini sudah berada di pasaran global sepanjang 43 tahun. Antara penyebab model ini dihentikan pembuatan ialah syarat wajib memiliki […]

QJMOTOR SRK 250 R (2026): Ini perbezaan warna dan grafik sportbike asas 2025 vs 2026

QJMOTOR SRK 250 R edisi 2026 menerima tambahan 3 pilihan warna baharu untuk tahun ini, malah model ini sudah mula berada di rangkaian pengedar sah semenjak penghujung Disember lalu. Tiga warna yang diperkenalkan ialah putih, kelabu dan hitam dengan gaya lebih minimalis berbanding 3 warna sedia ada sport bike ini. Di bawah ini adalah gambar […]