
Modenas membuktikan kesungguhan mereka untuk menjayakan projek supermoped dengan penampilan Modenas Z15GT.
Tidak dinafikan…Modenas agak lewat untuk sertai saingan liga 150cc apatah lagi apabila segmen ini dikuasai jenama-jenama gah Jepun (Yamaha dan Honda) dan China (Voge).
Bila dilihat senario di pasaran Malaysia… pasti ada yang akan bertanya:
“Mengapa Modenas nekad jayakan projek supermoped ini? Untuk apa sebenarnya?”
APA TUJUAN HASILKAN MODENAS Z15GT INI?

Ketua Unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Modenas, Muhammad Amin Nasirudin membentangkan Strategi Pembangunan Modenas Z15GT dan jawapan ada di dalam dua slide di bawah ini.

Muhammad Amin menceritakan tentang slide pertama (gambar atas) dengan menyatakan:
“Ada tiga poin di sini (Tujuan Pembangunan).
“Kita nak hasilkan satu model motosikal dengan prestasi yang sangat bagus dan pada masa sama harganya mampu milik untuk semua orang. Semua orang boleh miliki Z15GT.
“Sebagai syarikat nasional, kami merasakan ia penting untuk kita bangunkan model ini untuk membuktikan kita ada keupayaan dari segi kejuruteraan dan pemasangan untuk dipasarkan ke pasaran Malaysia mahupun antarabangsa.
“Kita pun nak ambil peluang untuk Z15GT ini kita pasarkan ke pasaran Malaysia di mana segmen ini adalah segmen yang paling digemari oleh golongan muda.”
KONSEP PEMBANGUNAN MODENAS Z15GT (2025)
Jawapan yang dicari ada dalam slide kedua dan di dalam slide 2 juga menceritakan secara ringkas tentang beberapa perkara yang menjadi pertikaian mengenai supermoped Modenas Z15GT.
Gambar di bawah ini ialah slide kedua iaitu Konsep Pembangunan yang menggariskan 6 poin utama berkait Z15GT. Penjelasannya ada di bawah….

Muhammad Amin berkata:
“Kita nak hasilkan Z15GT ini…. Bagaimana (caranya kita) hendak bangunkannya? Apa kriteria yang kita tentukan untuk bangunkan model ini. Jadi… saya bentangkan di sini ada enam kriteria penting:
Yang pertama ialah kita ingin bangunkan motor yang berkapasiti 150cc dan juga ada DNA atau nampak ala-ala macam Kawasaki.
Kedua, kita nak bangunkan satu hak intelek milik sepenuhnya Modenas. Macam yang Encik Roslan (CEO Modenas) kata.. Ini Kita Punya… kita yang buat… Modenas yang buat di bawah reka bentuk yang dimiliki Modenas sendiri.
(Ketiga) Apabila kita buat ini… kita ingin pastikan kualiti, prestasi dan produk akhir (motor siap) dapat diterima pembeli.
Di sini, Modenas menyatakan mereka tidak mahu terus dianggap sebagai motosikal kualiti gred kedua (second grade quality).
Secara telus mereka menyatakan mahu menjadikan motosikal Modenas setanding jenama-jenama terkenal.
Atas sebab ini (Keempat), Modenas bekerjasama dengan rakan mereka di Austria iaitu FVT untuk melakukan kajian, membuat penarafan dan memastikan kualiti yang ada pada Z15GT memenuhi piawaian (Kawasaki dan standard global Euro). FVT ialah pihak yang terlibat dalam proses validasi Z15GT.
Modenas ingin memastikan rekaan motosikal ini termasuk enjin tidak mendatangkan masalah kemudian hari. Ini termasuk rekaan bentuk mengambil komponen-komponen yang mudah dapat dari pasaran seperti penapis udara, penapis minyak, plet klac dan lain-lain. Sebab apa, sebab Modenas nak jadikan model ini mudah diselenggara tanpa isu tak ada alat ganti.
Poin kelima yang membabitkan kerjasama dengan Zonsen (atau Zhongshen) di China. Ini menjadi satu poin yang banyak dibincangkan pengguna motosikal.
Muhammad Amin menjelaskan:
“Susah untuk mengetepikan China dalam aspek pembuatan atau penghasilan motosikal kerana China ada kelebihan dari aspek kos lebih murah dan proses menghasilkan acuan adalah amat cepat.
“Modenas pilih rakan strategik iaitu Zonsen kerana mereka memiliki kepakaran dalam pembangunan kenderaan roda 2 dan 3.”
Apatah lagi apabila Modenas mengakui ada pengalaman baik dengan Zonsen. Pembabitan dengan Zonsen bukan 100 peratus dalam keseluruhan projek Z15GT. Ini kami akan dedahkan selepas ini….
Dan terakhir (poin keenam) ialah menyertai kembali sukan berlumba Malaysian Cub Prix. Malah dari awal proses rekabentuk dan pembangunan, Modenas sebenarnya sudah memastikan Z15GT ini mematuhi syarat-syarat untuk masuk Cub Prix nanti.
KOLEKSI VIDEO LAIN BERKAIT MODENAS Z15GT
Modenas Z15GT (2025) eksport guna jenama apa? Kawasaki atau Modenas?
- Apabila ditanya mengenai pendirian menggunakan jenama Modenas atau diubah kepada Kawasaki atau jenama lain, beliau menyatakan:
Harga Modenas Z15GT
- Harga Modenas Z15GT (2025) semakin meningkat di kedai-kedai motosikal di seluruh Malaysia. Mampukah Modenas kawal kenaikan harga dibuat para pengedar mereka?
Pasukan di sebalik pembangunan Modenas Z15GT (2025)
- Inilah wajah-wajah kumpulan jurutera yang terlibat dalam pembangunan Modenas Z15GT (2025)
Modenas Z15GT (2025) varian lain?
- Adakah Modenas Z15GT (2025) ada varian lain macam auto klac? Ini jawapan CEO Modenas:
Perlu ke Modenas Z15GT (2025) ‘berpantang’ 1,000km pertama?
- Satu soalan yang sering ditanya dan menjadi bahan hangat dibincangkan ramai pihak. Perlu tak perlu break-in? Mari dengar apa kata tim jurutera Modenas Z15GT (2025)

