Benelli TRK 602 X (2026): Model pengganti TRK 50X muncul di EICMA 2025

Benelli TRK 502 yang membuat debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA 2015) pada tahun 2015 tidak mengambil masa lama menjadi antara model motosikal adventure touring popular dalam kelas pertengahan.

Dua tahun kemudian, Benelli memilih acara EICMA 2017 untuk memperkenalkan versi Benelli TRK 502 X ke pentas dunia. Benelli TRK 502 ialah versi standard manakala TRK 502 X lebih berjiwa off-road.

Dan kira-kira 8 tahun kemudian, Benelli membawa model pengganti 502 X iaitu Benelli TRK 602 X ke acara EICMA 2025 pada November 2025.

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG BENELLI TRK 602 X (2026)

  • Motosikal rekaan Itali dengan gabungan teknologi termaju dan pembuatan di China.
  • Mengekalkan warisan imej TRK yang menampakkan ada hubung kait dengan siri 702 dan 902.
  • Menggunakan casis ditambah baik.
  • Meter TFT berwarna berukuran 5 inci ganti meter kombinasi analog lama. Meter baharu ini boleh disambung dengan telefon pintar serta ada fungsi navigasi.
  • Ciri pemanas tangan, tempat duduk dan set 3 kotak simpanan akan ditawarkan sebagai opsyen.
  • Bakal masuk pasaran Eropah menjelang musim luruh (September hingga Novmber).

SPESIFIKASI RASMI BENELLI TRK 602 X (2026)

Benelli TRK 602 X
Enjin2 silinder sebaris, 8-injap DOHC
Kapasiti554cc
Kuasa maksimum41.2kW @ 8,250rpm (56hp)
Tork maksimum54Nm @ 5,500rpm
Bore x Stroke-
Nisbah mampatan-
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gear6 kelajuan
Suspensi depanFork teleskopik USD 43mm
Suspensi belakangabsorber tunggal boleh laras penuh
Tayar depan110/80 - 19
Tayar belakang150/70 - 17
Brek depanCakera berkembar 320mm kaliper 4 piston, ABS
Brek belakangCakera tunggal 260mm kaliper piston tunggal, ABS
Panjang2,205mm
Lebar940mm
Tinggi1,430mm
Jarak dari bumi-
Jarak roda-
Tinggi tempat duduk825mm
Tangki minyak20 liter
Berat218kg

GALERI FOTO BENELLI TRK 602 X