
Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda X-tend iaitu satu program lanjutan jaminan yang memikul dua peranan utama iaitu:
- Menambah baik pengalaman pemilikan motosikal dan skuter jenama Honda.
- Memberi ketenangan kepada pemilik selain tempoh waranti standard.
Honda X-tend adalah hasil kerjasama BSH dengan AEON Insurance Brokers (M) Sdn. Bhd.
(AEON Insurance Brokers) dan Allianz General Insurance Company (M) Berhad (Allianz). Ini ringkasan peranan setiap pihak:
- Pemilik polisi: Boon Siew Honda
- Pengurus program: AEON Insurance Brokers
- Syarikat insurans berlesen: Allianz
Pelancaran Honda X-tend adalah semalam selepas selesai majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di ibu pejabat BSH di Batu Kawan, Pulau Pinang.
APA MANFAAT KEPADA PELANGGAN?
Dengan adanya Honda X-tend, pelanggan boleh menikmati:
- Tambahan 1 tahun lanjutan waranti selain daripada jaminan perlindungan standard 2 tahun.
- Perlindungan tanpa had jarak perbatuan sepanjang tempoh lanjutan waranti 1 tahun
Lanjutan waranti ini turut meliputi jaminan ke atas komponen penting seperti enjin, brek dan kotak gear dengan manfaat tuntutan sehingga RM20,000 setahun.

BILA PROGRAM HONDA X-TEND AKAN DITAWARKAN?
- Program Honda X-tend Extended Warranty ini sudah mula ditawarkan untuk semua pendaftaran motosikal baharu jenama Honda.
- Program ini boleh dibeli menerusi mana-mana pengedar rasmi Honda di seluruh negara.
PROGRAM HONDA X-TEND PERCUMA?

Sempena pelancaran program Honda X-tend, Boon Siew Honda mengumumkan tawaran percuma program itu untuk pembelian model motosikal Honda RS-X dan RS-X Winner.
Cumanya, anda perlu beli salah satu daripada dua model kapcai ini dalam tempoh 17 Oktober 2025 hingga 31 Disember 2025.
Pengguna yang membeli dalam tempoh itu akan menerima perlindungan jaminan selama 3 tahun (2+1 tahun).

