HJC Helmets lantik Tuned by Qbee jadi pengedar rasmi di Malaysia, lancar siri topi keledar baru

Jenama topi keledar HJC Helmets kembali ke Malaysia selepas ‘ghaib’ hampir setahun?

Itu cerita disampaikan kepada kami semasa menghadiri satu majlis pengenalan barisan topi keledar HJC Helmets di Sepang, Selangor.

Pada majlis sama, kami dimaklumkan syarikat Tuned by Qbee kini dilantik sebagai pengedar rasmi jenama topi keledar terkemuka dunia itu.

Pelantikan itu disifatkan sebagai langkah strategik membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh kehadiran HJC di pasaran Malaysia.

Ini akan dibuat dengan sokongan perkhidmatan yang lebih mantap. Tuned by Qbee bukan pemain baru dalam aksesori helmet kerana mereka ada beberapa jenama premium di bawah kendaliannya di Malaysia iaitu:

  • Axxis
  • Bell
  • MT
  • NHK
  • Simpson
  • Scorpion

PELANCARAN TOPI KELEDAR TERBAHARU HJC HELMETS

Sempena pengumuman sebagai pengedar rasmi jenama di Malaysia, Tuned by Qbee memperkenalkan siri terbaharu topi kelear HJC iaitu siri RPHA, F Series dan i Series.

Malah model eksklusif seperti RPHA 31, RPHA 60, RPHA 72, F31,i80 dan helmet perdana F-100 Carbon sudah mula dijual menerusi rangkaian pengedar sah HJC di seluruh negara.

KOLEKSI TOPI KELEDAR HJC HELMETS

SENARAI HARGA HJC HELMETS

Selain pengumuman HJC Helmets kembali ke Malaysia, barisan topi keledar yang diperkenalkan menyaksikan ada penurunan harga untuk 6 varian mereka. Harga empat model terbaharu juga ada di bawah:

APA KATA ORANG KUAT TUNED BY QBEE?

Pengasas Tuned by Qbee, Manfred Ng berkata:

“Kami berbesar hati menyambut HJC ke dalam keluarga jenama kami. Siri RPHA, F dan i membawa teknologi, gaya dan perlindungan bertaraf dunia untuk penunggang tempatan.

“Kerjasama ini juga membolehkan kami menawarkan sokongan selepas jualan yang lebih baik serta model baharu yang lebih menarik pada masa akan datang.”

KOLEKSI GAMBAR HELMET TERBARU HJC

HJC F100 Carbon

HJC RPHA 60

HJC i80

HJC F31