MForce Bike Holding (MForce) membuka segmen produk baharu di bawah jenama WMOTO dengan pelancaran motosikal chopper dengan sistem transmisi automatik. Model itu dipanggil WMOTO Cruiser AMT 125 (2025) dan didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Green (hijau), Cream (kuning cair) dan Black (hitam). Menyentuh mengenai sistem transmisinya, ini adalah motosikal chopper/cruiser pertama bawah label WMOTO […]

