Kami sudah menyiapkan artikel tentang tiga motosikal dalam siri CFLite iaitu naked bike 250NK Lite, sportbike 250SR Lite dan motosikal dwi-kegunaan 230 Dual Lite. Kini tiba giliran model keempat dalam siri motosikal subjenama CFMOTO iaitu CFLite 250 Dual yang pernah dipertonton di Mexico suatu ketika dulu. Walaupun kru kami belum menemui apa-apa pengumuman rasmi mengenai […]
Month: September 2025
Modenas KLX 230 SM lancar dengan harga badan dari RM23,600!
Selain model KLX 230, Modenas juga memperkenalkan model motard mereka ke pasaran Malaysia yang dipanggil sebagai Modenas KLX 230 SM. Harga badan mula dari RM23,600 iaitu lebih mahal RM600 berbanding Modenas KLX 230 (RM23,000). Harga ini belum masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran. Pilihan warna juga terbatas kepada satu warna jenis kelabu hitam. Ini perincian […]
Modenas KLX 230 (2025) lancar dengan harga badan dari RM23,000!
Modenas KLX 230 baru dilancarkan hari ini. Nampaknya satu lagi model yang dijenamakan semula dari produk Kawasaki menggunakan label Modenas dengan terteranya pelekat nama MODENAS atas badan motosikal ini. Model ini pernah kami laporkan sebagai siri Kawasaki KLX230. Harga badan untuk Modenas KLX 230 (2025) ialah RM23,000, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan caj pendaftaran. […]
Harga motosikal bawah 150cc kembali tenang sebab akan dapat lanjutan pengecualian cukai SST?
Sebelum ini, kita ada dapat maklumat awal mengatakan: “Harga motosikal 150cc ke bawah akan naik kerana tidak lagi dapat pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai 2025.” Ada yang mengatakan kenaikan harga motosikal antara 8 hingga 10 peratus disebabkan cukai SST ini. Ternyata timbul rasa bimbang kerana cukai ini sudah tentu akan memberi […]
CFMOTO 230 Dual Lite: Ada potensi motosikal dwi-kegunaan ini masuk pasaran Malaysia?
Kamu sudah lapor tentang jenama CFMOTO dan CFLite serta model CFMOTO 250NK Lite yang dilancarkan di Malaysia. Laporan tentang desas-desus kedaangan sportbike asas 250SR Lite ke pasaran tempatan juga sudah dibentangkan. Tumpuan kini diberi kepada motosikal dwi-kegunaan di bawah label CFLite. Model yang akan diberi tumpuan di sini ialah CFMOTO 230 Dual Lite (atau CFLite […]
PJ1 Malaysia beri bayangan kedatangan produk minyak enjin baru, dos kuasa dalam setiap titisan?
Satu lagi produk minyak pelincir akan diperkenalkan PJ1 Malaysia ke pasaran tempatan menjelang hujung bulan ini dalam satu majlis dipercayai di Kuala Lumpur. Perkara itu terdedah susulan perkongsian satu gambar acah yang diselubungi warna hitam di laman Facebook rasmi PJ1 Malaysia sebentar tadi. Seperti diketahui, PJ1 Malaysia menawarkan rangkaian minyak enjin untuk memenuhi keperluan enjin […]






