Indian Motorcycle kini rasmi di Malaysia bawah edaran Spirit Lake Motor Sdn Bhd

Indian Motorcycle iaitu jenama motosikal pertama dari Amerika Syarikat (diasaskan pada 1901) dilancarkan secara rasminya di Malaysia semalam.

Pihak yang menguruskan dan mengedar motosikal Indian Motorcycle secara eksklusif ialah Spirit Lake Motor Sdn. Bhd. iaitu satu anak syarikat di bawah AFY Mobility Industries (AMI).

AMI juga menguruskan jenama Suzuki dan Moda menerusi dua anak syarikat berbeza. Pelancaran dibuat di Petaling Jaya, Selangor.

Spirit Lake Motor bukan hanya menawarkan rangkaian produk premium Indian Motorcycle, malah menyediakan:

  • Perkhidmatan selepas jualan
  • Alat ganti
  • Sokongan teknikal
  • Jaminan
  • Pelesenan aksesori dan barangan aksesori rasmi

BARISAN MODEL IKONIK INDIAN

Sempena pelancaran, beberapa model popular diperkenalkan kepada pasaran Malaysia termasuk:

  • Indian Chieftain Dark Horse
  • Indian Springfield Dark Horse
  • Indian Scout
  • Scout Bobber Twenty
  • Scout Rogue
  • Scout Bobber

PUSAT 3S AKAN DATANG

Ketika ini, Indian Motorcycle Malaysia beroperasi dari AMI Showroom di PJ222, Petaling Jaya. Ada rancangan membuka pusat pameran utama 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) menjelang akhir tahun ini.

Pusat ini bukan sahaja untuk jualan dan servis tapi juga dirancang sebagai hub komuniti dan gaya hidup Indian Motorcycle.

Pengurus Jenama Indian Motorcycle Malaysia, Lai Wai Keat:

“Kami percaya pada legasi Indian Motorcycle serta kesepaduan semangat
komuniti penunggang motosikal ini di Malaysia. Ini merupakan satu perjalanan
penuh kami dalam mengadaptasi sebuah warisan, keberanian dan semangat
cruiser – Indian Motorcycle. Kami mengalu-alukan semua untuk merasai sendiri
karya legenda Amerika ini,”