CFMOTO 675NK bakal jadi Raja Naked Bike Malaysia?

cfmoto 675nk launch in Malaysia

CFMOTO Malaysia sudah melancarkan motosikal naked bike terbaru mereka – CFMOTO 675NK ke pasaran Malaysia dengan kejutan harga dari RM33,888.

Harga ini harga badan, belum ditambah insurans, cukai jalan dan kos-kos pendaftaran. Kalau tambah pun, jauh lagi murah dibandingkan model-model naked bike middleweight yang ada di Malaysia.

CFMOTO 675NK price launch in Malaysia

Sebagai permulaan…. CFMOTO 675NK ada dua warna untuk pengguna pilih yang dipanggil Glacier White dan Tundra Grey.

Motosikal ini akan jadi pilihan yang lebih berbaloi mengikut bajet pengguna sebabnya harga badan 675NK memang jauh amat murah berbanding model jenama lain.

Ini sekadar nak tunjuk perbandingan harga motosikal lain dalam segmen middleweight naked bike di Malaysia.

  • Honda CB750 Hornet: RM50,800
  • Yamaha MT-07:  RM38,288 (harga tahun 2018)
  • Triumph Trident 660: RM46,900

Ini data teknikal (spesifikasi) CFMOTO 675NK di Malaysia:

CFMOTO 675NK 2025
Enjin3 silinder, DOHC, 12 injap
Kapasiti675cc
Kuasa maksimum94hp @ 11,000rpm (70kW)
Tork maksimum70Nm @ 8,250rpm
Bore x Stroke72mm x 55.2mm
Nisbah mampatan11.5 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearmanual 6 kelajuan klac Assist & Slipper
Suspensi depanFork USD KYB 41mm boleh laras
Suspensi belakangMonoshock KYB boleh laras
Tayar depan120/70 - 17
Tayar belakang180/55 - 17
Brek depanCakera kembar 300mm kaliper 4 piston J Juan
Brek belakangCakera tunggal 240mm kaliper piston tunggal
Panjang2,020mm
Lebar849mm
Tinggi1,155mm
Jarak dari bumi150mm
Jarak roda1,400mm
Tinggi tempat duduk810
Tangki minyak15 liter
Berat189kg
Bonus- Set lampu LED penuh
- Ada opsyen T-Box
- Cornering ABS
- Penyejukan brek
- Skrin meter TFT 5 inci melengkung
- Ada ABS
- Ada Kawalan Cengkaman (TCS)
- Quickshifter up-shift