Satu lagi sportbike akan tiba di Malaysia tak lama lagi dan akan mencetuskan huru-hara dalam segmen 250cc. Model sportbike yang dikatakan ini ialah Keeway RKR 250.
Keeway RKR 250 akan dilancarkan bulan April ini (2025). Walaupun sportbike ini belum ada di Malaysia tapi MForce Bike Holdings (MForce) sudah mengumumkan harga badannya – RM13,888!
Kita tau model-model sportbike setiap satu ada kekuatan dan kelemahan sendiri. Tapi, soal harga itu juga boleh mempengaruhi corak pembelian pengguna Malaysia.
Mari kita tengok harga model 250cc popular di Malaysia. Harga ini ialah harga yang diumumkan masa pelancaran:
- Modenas Ninja 250 ABS (2023): RM21,800
- Yamaha YZF-R25 (2024): RM22,998
- Honda CBR250RR (2024): RM27,999
- CFMOTO 250SR (2023): RM16,800?
- Suzuki Gixxer 250 SF (2023): RM15,200
- Aveta VZR250 (2023): RM14,998
Dari segi harga, Keeway RKR 250 (2025) pasti lebih mampu dimiliki lebih ramai orang tapi satu benda yang kita kena tau ialah motosikal RKR 250 ini guna enjin dua silinder.
Senarai harga di atas tadi sebenarnya ada termasuk beberapa sportbike jenis satu silinder. Ini cuma satu perbandingan harga secara umum.
Adakah harga murah ini bermaksud Keeway RKR 250 akan ‘miskin’ dengan ciri-ciri canggih yang ada pada jenama 250cc lain?
Semasa MForce tayang video pengumuman kedatangan Keeway RKR 250, ada dua tiga sifat sportbike ini didedahkan seperti:
- Enjin 4 strok dua silinder 249.3cc 8-valve dengan kuasa maksimum 23.5kW (31.5hp) @ 10,500rpm dan tork maksimum 22.5Nm @ 9,500rpm.
- Ada brek ABS dan Traction Control (TCS) dengan pilihan boleh dinyah aktif.
- Fork depan teleskopik up-side down (USD)
- Monoshock belakang boleh dilaras
- Meter TFT 5 inci dengan TPMS (tire-pressure monitoring system)
- Tangki minyak 12 liter
- Lampu Hazard (lampu kecemasan)
- Lampu depan LED
- Ada port USB
- Bentuk muffler ekzos sporty
- Penghadang angin jenis berlekuk
- Tempat duduk dua peringkat
Banyak ciri masih tak didedahkan lagi. Kita kena tunggu hari pelancarannya nanti untuk lihat apa lagi ciri menarik pasal Keeway RKR 250 ini.