Triumph Motorcycles Malaysia pada kelmarin, bertempat di Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang, Selangor, dengan rasminya melancarkan model sport bike terbaharu Triumph Daytona 660 2024. Untuk pasaran tempatan, harga jualannya ditawarkan sebanyak RM 49,500.00.
Aspek spesifikasi, Daytona 660 dilengkapi enjin 660cc (liquid cooled, inline 3-cylinder, 12 valve, DOHC, 240° firing order) dengan transmisi enam kelajuan dan slip and assist clutch. Enjin itu menawarkan kuasa maksimum 95PS @ 11,250rpm dengan tork puncak 69Nm @ 8,250rpm.
Tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti memuaskan 14 liter. Di bahagian suspensi, ianya dilengkapi fork depan Showa 41mm Separate Function Forks – Big Piston (SFF-BP), yang bergandingan dengan suspensi belakang Showa monoshock RSU (with preload adjustment).
Sistem brek cakera depannya merupakan jenis berkembar (twin 310 mm floating discs, 4 piston radial callipers), dan dipadankan bersama-sama cakera belakang tunggal (single 220 mm fixed disc, single piston sliding calliper). Sistem brek tersebut lengkap dengan ABS Dual Channel.
Daytona 660 seterusnya dilengkapi sistem ride-by-wire dengan tiga mod tunggangan iaitu Sport, Road dan Rain, traction control, panel meter TFT, sistem lampu LED, sistem baharu Emergency Deceleration Warning, dan tayar bersaiz 120/70-R17 (depan) dan 180/55-R17 (belakang).
Tinggi tempat duduknya 810 mm, dan berat penuhnya 201 kg. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Carnival Red / Sapphire Black, Satin Granite / Satin Jet Black, dan Snowdonia White / Sapphire Black. Selang servisnya 16,000 km atau 12 bulan, yang mana tiba dahulu.