Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada hari ini rasmi memperkenalkan Yamaha XMAX 250 2024. Model tersebut kini tampil dengan dua pilihan warna baharu yang lebih menarik iaitu Ruby Red dan Icon Black. Harga asasnya pula meningkat sedikit sebanyak RM 500.00, kepada RM 24,498.00. Sebelum ini Yamaha XMAX 250 2023 ditawarkan dengan harga RM 23,998.00.
Setiap pembelian akan turut menerima kunci cakera Yamaha yang bernilai RM 100.00 secara percuma. Tempoh jaminan yang ditawarkan pula adalah selama dua tahun atau 20,000 km jarak perjalanan. Beralih ke bahagian spesifikasi, tiada sebarang naik taraf terkini. Yamaha XMAX 250 2024 kekal dikuasakan enjin 249.8cc yang menawarkan kuasa 22.8hp dengan tork 24.3Nm.
Melengkapkan model skuter berkenaan ialah sistem lampu LED, panel instrumen TFT 4.2 inci dengan sistem Yamaha Y-Connect dan navigasi Garmin StreetCross, sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel, tangki bahan api 13 liter, dan tinggi tempat duduk 795 mm. Yamaha XMAX 250 2024 berdiri di atas tayar bersaiz 120/70-15 dan 140/70-14. Beratnya mencapai 181 kg.