Adakah QJ Motor ATR150 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Mei 2024 akan datang? Menurut rakan media Mekanika.com.my, model skuter terbaharu itu akan dilancarkan di Malaysia Autoshow 2024 (22 – 26 Mei 2024), bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor. Jika maklumat itu benar, bermakna pasaran model skuter di negara kita akan bertambah meriah.
Month: January 2024
Kawasaki Ninja 500 2024 kini di pasaran USA, harga dari $5,299.00
Selain model Kawasaki Z500 2024, pasaran USA baru-baru ini turut menerima model Kawasaki Ninja 500 2024. Harga yang ditawarkan untuk tiga pilihan warna pertama bermula dari $5,299.00 untuk varian Non-ABS, dan $5,699.00 – $5,899.00 untuk varian ABS. Untuk model KRT Edition (Non-ABS) dan SE (ABS), harga masing-masing ialah sebanyak $5,499.00 dan $6,399.00.
QJ Motor CTR 125 di pasaran Greece, harga jualan Euro 2,495.00
Di pasaran Greece, model skuter QJ Motor CTR 125 ditawarkan dengan harga Euro 2,495.00, bersamaan nilai RM 12,791.81 mengikut kadar semasa. Tiga pilihan warnanya ialah Grey, Blue dan Black. Di bahagian enjin, ianya bersesaran 125cc (four-stroke, liquid-cooled, EFI Bosch) dengan kuasa maksimum 15PS @ 8,750rpm dan tork maksimum 12Nm @ 8,250rpm.






