Kawasaki Z500 2024 kini di pasaran USA, harga bermula $5,599.00

Model naked terbaharu Kawasaki Z500 2024 kini rasmi ditawarkan di pasaran USA, dalam dua pilihan varian iaitu Standard dan SE. Bagi varian Standard, harga jualannya ialah sebanyak $5,599.00, manakala varian SE boleh dimiliki dengan harga jualan sebanyak $6,299.00.

Kedua-dua model itu tampil dengan hanya satu pilihan warna tunggal, iaitu Candy Lime Green / Metallic Flat Spark Black / Metallic Graphite Gray untuk varian Standard, dan Candy Persimmon Red / Metallic Flat Spark Black / Metallic Matte Graphenesteel Gray untuk varian SE.

Selain perbezaan warna, varian SE mempunyai beberapa ciri tambahan seperti panel TFT berwarna dengan ciri sambungan ke telefon, lampu signal LED, meter cover (smoke), pillion seat cover, frame sliders, soket USB-C, tank pad, knee pads, radiator screen dan under cowl.

Spesifikasi lain pada Kawasaki Z500 2024 dan Kawasaki Z500 SE 2024 adalah sama, antaranya ialah enjin bersesaran 451cc (4-stroke, Parallel Twin, DOHC, 8 valves, liquid-cooled) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch. Kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin dua silinder itu mencapai 51hp @ 10,000rpm dengan tork puncak 43Nm @ 7,500rpm.

Melengkapkan spesifikasi pada model naked tersebut ialah lampu depan dan belakang LED, panel meter digital LCD untuk varian Standard, fork depan teleskopik 41 mm, suspensi belakang Uni-Trak (horizontal back-link with adjustable spring preload), sistem brek cakera dengan ABS, tayar bersaiz 110/70-17 dan 150/60-17, tangki petrol 14 liter, dan tinggi pelana 785 mm.

Berat penuh Z500 dan Z500 SE masing-masing ialah 167 kg dan 168 kg. Sementara itu untuk pasaran Malaysia, Kawasaki Z500 ini dijangka akan turut dilancarkan pada masa akan datang. Ianya dijangka akan dipasang secara CKD, dan dikenali dengan nama Modenas Z500.

Galeri : Kawasaki Z500 2024

Galeri : Kawasaki Z500 SE 2024