Kymco DT X360 2021 diperkenalkan, skuter maxi “Adventure Crossover” pertama di dunia

Selain daripada model skuter kompak Kymco KRV 2021 dan skuter elektrik Kymco F9 2021, Kymco turut memperkenalkan sebuah model skuter maxi “Adventure Crossover” pertama di dunia iaitu Kymco DT X360 2021. Tidak seperti skuter maxi biasa, model itu dikatakan berkeupayaan untuk meredah laluan yang lebih mencabar daripada biasa.

Kymco DT X360 tampil dengan rekaan inovatif, menawarkan posisi tunggangan yang menegak dan mudguard depan yang mengambil ilham daripada model motosikal dual sport. Di samping itu, handlebar yang lebar memberikan kawalan stereng yang lebih mudah dan tempat duduknya yang tinggi meningkatkan pandangan penunggang.

Sebagai tambahan, Kymco DT X360 didatangkan dengan sistem tanpa kunci (keyless) yang memberikan lebih kemudahan untuk mengakses kenderaan. Ianya juga dilengkapi sistem TCS (Traction Control System) yang meningkatkan kestabilan kenderaan dalam pelbagai situasi. Panel instrumen LED berwarna pula menawarkan paparan yang jelas.

Kymco DT X360 dikuasakan enjin bersesaran 320.6cc (OHC, 4 Stroke, 4V, Single Cylinder) dengan sistem suntikan bahan api dan sistem penyejukan cecair. Keluaran kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 28.82PS (21.2kW) @ 7,250rpm dengan tork maksimum 30Nm @ 5,750rpm. Kapasiti tangki bahan apinya ialah 12.5 liter.

Untuk keselamatan yang lebih terjamin, Kymco DT X360 dilengkapi sistem brek cakera di kedua-dua bahagian roda, sementara sistem suspensinya terdiri daripada fork depan jenis teleskopik dan penyerap hentak belakang jenis berkembar. Ketinggian tempat duduknya ialah 800 mm, dengan tayar depan 120/80-R14 dan belakang 150/70-R13.

Antara ciri-ciri menarik seterusnya yang melengkapi Kymco DT X360 2021 ini adalah seperti sistem lampu LED, port pengecas USB untuk mengecas telefon bimbit, ruang yang luas di bawah tempat duduk, rekaan ekzos sporty dan sepasang tayar bercirikan off-road. Berat keseluruhan skuter maxi itu berada pada paras 194 kg (curb weight).


Artikel Popular Minggu Ini :

Dayang ADV150 diilhamkan daripada model Honda ADV150, dilengkapi enjin lebih berkuasa dan kamera depan belakang

Pelancaran rasmi Honda ADV150 2021 dijangka pada bulan Februari depan, harga asas sekitar RM 14k

Penampilan baharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 apabila dipasangkan lampu depan (headlamp) Yamaha Exciter 150