Kymco AK550 ST bakal dilancarkan pada Januari 2024, versi CBU, harga di bawah Yamaha TMAX 560 Tech Max 2022

Modenas bakal melancarkan model skuter terbaharu Kymco AK550 ST untuk pasaran Malaysia, dengan pelancarannya dijadualkan berlangsung pada bulan Januari 2024 akan datang. Maklumat tersebut telah dikongsikan sendiri oleh ahli kelab pemilik Modenas Elegan 250, yang baru-baru ini telah dijemput oleh Modenas ke kilang mereka untuk melihat pemasangan model Elegan 250 itu.

Sewaktu lawatan ke kilang Modenas di Gurun, Kedah itu, para pemilik Modenas Elegan 250 yang bertuah itu juga telah diberi peluang untuk melihat sendiri model terbaharu Kymco AK550 ST, danĀ  berpeluang menanyakan beberapa soalan mengenai model tersebut dalam sesi tanya dan jawab (Q&A). Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh saksikan sendiri ‘screenshot’ seperti di bawah.

Berikut ialah antara beberapa ringkasan maklumat awal mengenai Kymco AK550 ST :

  • Pelancaran rasmi dijadualkan pada bulan Januari 2024
  • Sebelum pelancaran, harga jualan akan dimaklumkan kepada wakil penjual terlebih dahulu
  • Selepas itu bakal pembeli yang berminat boleh membuat tempahan awal
  • Versi yang akan dijual di pasaran Malaysia dikatakan versi CBU
  • Harga jualan berpatutan, di bawah harga Yamaha TMAX 560 Tech Max 2022 yang dijual di pasaran Malaysia ketika ini dengan harga asas RM 74,998.00

Jadi terbukti memang benar Modenas akan melancarkan model skuter terbaharu Kymco AK550 ST bertaraf premium, yang bukan saja berkuasa malah tampil sporty dan menawan. Berdasarkan maklumat terdahulu, model tersebut dikuasakan enjin 550cc dengan dua silinder dan lapan injap, dengan kuasa maksimum 51hp dan tork 55Nm. Kelajuan maksimumnya mencapai 160 km/j.

Sumber : motomalaya.net