Kawasaki Z125 2024 terima kemaskini warna baharu

Selepas Kawasaki Ninja 125 2024, model naked Kawasaki Z125 2024 di pasaran Eropah kini turut tampil dengan kemaskini warna baharu, iaitu Metallic Matte Graphenesteel Gray / Metallic Flat Spark Black dan Candy Lime Green Type 3 / Metallic Spark Black.

Spesifikasi yang ditawarkan bagaimanapun kekal sama, tanpa sebarang perubahan terkini. Kawasaki Z125 memiliki enjin bersesaran 125cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4 valves), dengan kuasa maksimum 15PS @ 10,000rpm dan tork puncak 11.7Nm @ 7,700rpm.

Sistem transmisinya ialah enam kelajuan. Model lincah tersebut seterusnya dilengkapi fork depan teleskopik 37 mm, bersama-sama suspensi belakang tunggal Uni-Trak (gas-charged shock with adjustable preload). Sistem brek cakera didatangkan lengkap dengan ABS.

Di bahagian tayar, ianya bersaiz 100/80-17 (depan) dan 130/70-17 (belakang). Spesifikasi lainnya termasuklah tangki bahan api 11 liter, tinggi tempat duduk 815 mm, dan panel meter digital pelbagai info. Berat penuh Kawasaki Z125 2024 hanyalah 147 kg (curb mass).