Model sports terbaharu Kawasaki Ninja ZX-4R 2024 kini diperkenalkan di pasaran Eropah, dan tampil dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Metallic Spark Black. Enjinnya bersesaran 399cc (liquid-cooled, 4-stroke, in-line four, DOHC, 16 valves) dengan hamburan maksimum 77PS (80PS with Ram Air) @ 14,500rpm dan tork maksimum 39Nm @ 13,000rpm.
Enjin berkuasa tinggi itu kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, Assist & Slipper Clutch dan KQS (Kawasaki Quick Shifter). Turut melengkapi ialah fork depan jenis terbalik SFF-BP, suspensi belakang Horizontal Back-link, 3-Mode KTRC (Kawasaki Traction Control), dan sistem sambungan ke telefon pintar. Berat penuhnya 189 kg (curb mass).