Kawasaki Ninja ZX-4RR 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah

Selain model standard Kawasaki Ninja ZX-4R 2024, pasaran Eropah kini turut ditawarkan Kawasaki Ninja ZX-4RR 2024. Ianya tampil dengan pilihan warna Lime Green / Ebony (KRT Edition), dan dikuasakan enjin 399cc (Liquid-cooled, In-Line Four, DOHC, 16 valves).

Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 77PS (80PS with Ram Air) @ 14,500rpm dengan janaan tork 39Nm @ 13,000rpm. Untuk pengendalian terbaik, Kawasaki Ninja ZX-4RR 2024 dilengkapi fork depan Showa SFF-BP dan suspensi belakang mono Showa BFRC Lite.