Kawasaki Z900RS 2024 baru saja diperkenalkan di pasaran Indonesia, dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Candy Green. Adakah skim warna ini juga akan diperkenalkan di pasaran Malaysia? Untuk pasaran Indonesia, harganya ialah sebanyak Rp. 325,500,000.00, bersamaan RM 100,258.22 (kadar semasa).
Tanpa sebarang perubahan spesifikasi, Kawasaki Z900RS 2024 masih dikuasakan enjin bersesaran 948cc (liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves) dengan transmisi enam kelajuan. Enjin tersebut seterusnya menjana kuasa maksimum 111PS @ 8,500rpm dengan tork puncak 98.5Nm @ 6,500rpm.