Di pasaran Greece, Benelli sebelum ini telah menawarkan model moped terbaharu Benelli RCX 185 2023. Terkini syarikat berkenaan telah menyiarkan tiga keping gambar terbaharu model sporty tersebut, dalam sudut yang lebih baik dan dengan resolusi yang lebih jelas.
Untuk pasaran Greece, Benelli RCX 185 2023 didatangkan dengan tiga pilihan warna yang menarik iaitu Gray, White dan Black. Setakat ini berdasarkan maklumat yang ada, negara Greece menjadi satu-satunya negara di pasaran Eropah yang menjual model tersebut.
Imbas kembali spesifikasi Benelli RCX 185 yang diasaskan daripada model Benelli R18i di pasaran Malaysia ini, antaranya termasuklah enjin bersesaran 174cc yang patuh piawaian emisi Euro 5, dengan kuasa maksimum 18hp @ 9,500rpm dan tork 15.2Nm @ 6,000rpm.
Paling menarik, untuk pasaran Eropah ianya telah dilengkapi sistem brek ABS dua saluran, yang sepatutnya turut ditawarkan untuk Benelli R18i di pasaran Malaysia. Aspek ‘top speed’ pula memperlihatkan RCX 185 ini mampu mencatatkan kelajuan maksimum 120 km/j.