MBP C650V 2023 diperkenalkan di pasaran Eropah, pasaran Malaysia akan menyusul?

Sejak beberapa bulan yang lepas, pasaran Eropah telah diperkenalkan dengan sebuah model cruiser terbaharu yang cukup menawan dan gagah, iaitu MBP C650V 2023.

Ianya dikeluarkan oleh jenama baharu MBP (Moto Bologna Passione) yang merupakan anak syarikat Keeway, yang dimiliki oleh pengeluar motosikal QJ Motor dari China.

MBP berpengkalan di Itali, dan ianya kini mengeluarkan pelbagai jenis model motosikal bertaraf premium dan berkualiti untuk pasaran Eropah, dengan harga mampu milik.

Bagi model MBP C650V 2023, enjinnya bersesaran 647cc (V-twin, 2-cylinder, 4-stroke, SOHC, liquid-cooled) dengan kuasa 69.3hp @ 8,500rpm dan tork 62Nm @ 7,000rpm.

Enjin itu kemudiannya dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan, dan pacuan akhir menggunakan belt. Tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti penuh 21 liter.

Melengkapkan lagi ciri-ciri menarik pada model cruiser itu ialah seperti sistem suspensi KYB, sistem brek cakera dengan kaliper Nissin dan ABS Dual Channel, sepasang tayar berjenama Timsun dalam saiz 110/90-16 dan 180/60-16, dan tinggi pelana 735 mm.

MBP C650V 2023 seterusnya dilengkapi sistem lampu LED dan panel meter TFT 5 inci dengan MCU (Moto Connectivity Unit). Kelajuan maksimumnya dikatakan 175 km/j.

Baru-baru ini menurut sumber yang boleh dipercayai, model MBP C650V 2023 ini akan dilancarkan di pasaran Malaysia. Diharapkan berita tersebut akan menjadi kenyataan.

Artikel berkaitan :