Honda CB750 Hornet 2023 dilancarkan di pasaran Thailand

Model naked terbaharu Honda CB750 Hornet 2023 kini rasmi dilancarkan di pasaran Thailand, dalam dua pilihan warna menarik Graphite Black dan Pearl Glare White.

Harga jualan yang ditawarkan pula adalah sebanyak THB 319,000.00, bersamaan nilai RM 41,194.28 mengikut kadar semasa, dan harga itu boleh dikatakan berpatutan.

Enjinnya bersesaran 755cc (Liquid-cooled OHC 4-stroke 8-valve Parallel Twin with 270° crank and uni-cam) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.

Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 90.5hp @ 9,500rpm, dengan tork maksimum 75Nm @ 7,250rpm. Tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 15.2 liter.

Pelbagai ciri-ciri menarik lain yang melengkapinya termasuklah empat mod tunggangan (Rain, Standard, Sport & User), HSTC (Honda Selectable Torque Control), dan paparan TFT 5.0 inci dengan Honda RoadSync (Honda Smartphone Voice Control System).

Honda CB750 Hornet juga dilengkapi sistem lampu LED dengan ciri keselamatan ESS (Emergency Stop Signal), lampu signal dengan ciri ‘auto cancel’, sistem suspensi depan dan belakang berprestasi tinggi, dan ketinggian tempat duduk 795 mm yang selesa.

Melengkapkan lagi spesifikasinya ialah sistem brek cakera depan jenis berkembar dan brek cakera belakang tunggal. Tidak dilupakan ialah sistem ABS Dual Channel.

Untuk pasaran Malaysia, Honda CB750 Hornet ini dijangka akan turut dilancarkan pada masa akan datang. Namun setakat ini masih belum ada berita lanjut mengenainya.