Pasaran negara jiran Indonesia kelmarin rasmi menerima pelancaran Yamaha YZF-R15 Connected 2023, yang kini tampil dengan satu pilihan warna baharu ‘Aggressive Grey’.
Untuk makluman, Yamaha YZF-R15 generasi baharu di pasaran Indonesia sebelum ini dilancarkan pada tahun 2021, dalam dua varian iaitu Connected dan Connected-ABS.
Bagi varian Yamaha YZF-R15 Connected, dua pilihan warna terdahulu daripada musim 2021 yang masih lagi ditawarkan untuk musim 2023 ialah Icon Blue dan Tech Black.
Bagi pilihan varian Yamaha YZF-R15M Connected-ABS 2023 dan Yamaha YZF-R15M Connected-ABS WGP 60th 2023, kedua-duanya juga kekal dengan warna terdahulu.
Spesifikasi teknikal dan ciri-ciri yang ditawarkan masih kekal sama tanpa ada sebarang perubahan terkini. Berikut ialah senarai harga yang ditawarkan untuk musim 2023 :
- YZF-R15 Connected 2023 : Rp. 39,740,000 (RM 11,162.53)
- YZF-R15M Connected-ABS 2023 : Rp. 44,385,000 (RM 12,467.26)
- YZF-R15M Connected-ABS WGP 60th 2023 : Rp. 44,995,000 (RM 12,638.60)
Sementara itu di pasaran Malaysia, Yamaha YZF-R15M 2022 telah dilancarkan dalam bulan Jun 2022 yang lalu, dengan harga jualan asasnya sebanyak RM 14,998.00.