Solar Groove Cross 2023 diperkenalkan di pasaran Thailand

Solar Thailand baru-baru ini turut melancarkan sebuah lagi model kapcai terbaharu, yang diberikan nama Solar Groove Cross 2023. Dari segi penampilan, model tersebut pastinya mampu ditunggang di jalan-jalan yang tidak berturap atau di jalan ladang dengan mudah. Bagaimanapun untuk pemilik yang hanya mahu bergaya, kekemasan dan gaya retro, model tersebut sememangnya menarik.

Solar Groove Cross dilengkapi enjin empat lejang bersesaran 123.7cc dengan sistem penyampaian bahan api karburetor, dan dipadankan dengan transmisi empat kelajuan. Kuasa yang dihasilkannya sebanyak 8.0hp @ 8,000rpm dengan tork maksimum 8.8Nm @ 6,000rpm. Kapasiti tangki petrolnya ialah 3.5 liter. Sebagai sebuah model kapcai cross, jarak kelegaan tanahnya mencapai 177 mm.

Artikel berkaitan :