Model naked Benelli BN 125 2023 kini diperkenalkan untuk pasaran Eropah, dengan empat pilihan warna menarik iaitu White, Black, Flash Green dan Grey. Dikuasakan enjin 125cc (single cylinder, 4 stroke, air-oil cooled 4 valves, SOHC, double spark) dengan transmisi lima kelajuan, ianya menjana 11.1hp @ 9,500rpm dengan tork 10Nm @ 7,000rpm. Kapasiti tangki bahan apinya ialah 13.5 liter.
Benelli BN 125 menggunakan fork depan upside-down 35 mm, bersama-sama suspensi belakang monoshock dengan ciri pelarasan prabeban. Untuk pemberhentian yang lebih selamat, sistem brek depan cakera 260 mm didatangkan dengan kaliper tiga piston, manakala cakera belakang 240 mm mempunyai kaliper dua piston. Kedua-dua sistem brek cakera itu dibekalkan sistem brek CBS.
Benelli BN 125 seterusnya berdiri di atas tayar depan bersaiz 110/80-17 dan tayar belakang bersaiz 130/70-17. Ketinggian tempat duduknya 780 mm, jarak kelegaan tanah 190 mm, dan beratnya 142 kg. Menurut Benelli, model naked yang lincah ini sangat sesuai untuk kegunaan harian terutamanya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja, selain sesuai untuk aktiviti tunggangan menyeronokkan.