Honda SH150i 2023 terima warna baharu di pasaran Eropah

Selain daripada model Honda SH125i 2023, pasaran Eropah turut menawarkan model skuter yang sama iaitu Honda SH150i 2023. Perbezaan antara kedua-duanya ialah SH150i memiliki enjin eSP+ bersesaran 156.9cc, dengan kuasa maksimum 16.62hp @ 8,500rpm dan tork 14.9Nm @ 6,500rpm. Spesifikasi yang lain termasuklah kemaskini warna baharu untuk musim 2023 adalah kekal sama.

Enam pilihan warna itu ialah Pearl Falcon Gray, Mat Pearl Cool White dan Mat Pearl Pacific Blue, di samping warna sebelumnya Pearl Nightstar Black. Dua lagi warna terbaharu yang ditawarkan ialah Coal Black dan Hyper Red, dengan logo SH berwarna merah dan hitam di bahagian sisi, serta logo SH di bahagian bawahnya. Untuk perjalanan lebih jauh, ianya dilengkapi tangki bahan api 7.0 liter.

Spesifikasi menarik lain pada Honda SH150i 2023 ini termasuklah Honda Selectable Torque Control (HSTC), Idling Stop yang menjimatkan penggunaan bahan api, Smart Key, panel meter digital LCD, sistem lampu LED sepenuhnya, soket pengecas USB Type-C, ruang storan seluas 28 liter di bawah tempat duduk, lantai kaki rata dan selesa, dan sistem brek cakera dengan sistem ABS dua saluran.