Pada bulan Mac yang lepas, Yamaha XMAX 250 2022 di pasaran tempatan baru saja menerima dua pilihan warna terbaharu, di samping beberapa kemaskini kecil yang lebih menarik. Namun kini pada bulan Ogos, model tersebut tampil dengan warna terbaharu Red dan Matte Green, sama seperti Yamaha XMAX ABS 2022 di pasaran Jepun.
Selain itu, Yamaha XMAX 250 2022 terbaharu ini juga telah mengalami kenaikan harga sebanyak RM 300.00, daripada harga asal sebanyak RM 21,998.00, kepada harga baru RM 22,298.00. Model skuter maxi itu juga telah menerima penarafan 5 bintang daripada MyMAP, yang mengiktirafnya sebagai sebuah motosikal @ skuter yang paling selamat.
Pengiktirafan daripada MyMAP itu disebabkan faktor bahawa Yamaha XMAX 250 2022 telah dilengkapi sistem brek ABS (Anti-Lock Braking System) dan TCS (Traction Control System). Spesifikasi lain masih kekal sama seperti model sebelumnya, antaranya enjin 250cc dengan sistem transmisi automatik CVT, serta patuh piawaian emisi Euro 4.
Dengan setiap pembelian Yamaha XMAX 250 2022 terbaharu ini, para pelanggan juga akan menerima kunci cakera Yamaha (Yamaha Disc Lock) secara percuma bernilai RM 100.00. Untuk ketenangan minda pemiliknya, tempoh jaminan yang diberikan oleh Hong Leong Yamaha Motor ialah selama 2 tahun atau 20,000 km, yang mana tiba dahulu.