Benelli RFS150i merupakan salah sebuah model moped yang pernah mewarnai dunia permotoran tanah air. Namun impak yang dibawakan oleh model tersebut agak kurang kelihatan, dan popularitinya sentiasa dibayangi oleh model-model moped lain keluaran Yamaha dan Honda. Akhirnya kini pengeluarannya telah pun ditamatkan secara rasmi.
Month: May 2022
KL Motors menawarkan model skuter terbaharu Brera X 2022, dengan pilihan enjin dalam segmen 125cc dan 300cc
Pada awal tahun ini, KL Motors telah mengumumkan ketibaan model skuter terbaharu untuk pasaran Itali, dikenali dengan nama KL Motors Brera X 2022. Tampil dengan dua pilihan varian sama ada dengan enjin 124.9cc atau 278.2cc, model itu berasal daripada model keluaran Longjia di pasaran China, contohnya ialah Longjia XDV 250Si 2022.
Keeway MBP M502 N 2022 dilancarkan di pasaran Itali, model naked terbaharu dengan enjin 486cc
Keeway baru-baru ini telah melancarkan sebuah model naked terbaharu untuk pasaran Itali, dikenali dengan nama Keeway MBP M502 N 2022. Mempunyai reka bentuk sporty dan bergaya, model tersebut tampil dengan dua skim pilihan warna menarik iaitu Putih dan Hitam. Spesifikasi teknikal pada model berkenaan juga boleh dikatakan impresif.
Honda CB150R The Streetster 2022 dilancarkan di pasaran Vietnam, harga jualan bersamaan RM 20,039.14
Pada tarikh 12hb. Mei 2022 baru-baru ini, Honda di pasaran Vietnam dengan rasminya telah melancarkan sebuah model Neo Sports Cafe terbaharu iaitu Honda CB150R The Streetster 2022. Model itu kini tampil dengan skim warna terbaharu, bagi menggantikan model sebelumnya Honda CB150R Exmotion yang diperkenalkan pada tahun 2019.
Kawasaki KLX300SM 2023 diperkenalkan di pasaran USA, harga jualan $6,299.00
Pada awal bulan Mei 2022 baru-baru ini, Kawasaki dengan rasminya memperkenalkan model supermoto terbaharu iaitu Kawasaki KLX300SM 2023 untuk pasaran USA. Hadir dalam pilihan warna Neon Green dan Ebony yang kelihatan cukup menyerlah, model itu ditawarkan dengan harga jualan sebanyak $6,299.00, bersamaan nilai RM 27,687.25.
Yamaha XMAX 125 Tech MAX 2022 di pasaran Eropah menawarkan spesifikasi tambahan lebih mewah
Di pasaran Eropah, skuter Yamaha XMAX 125 2022 merupakan versi standard dengan dua pilihan warna Icon Blue dan Sonic Grey. Untuk versi lebih premium, ianya diberikan nama Yamaha XMAX 125 Tech MAX 2022, dan mempunyai dua pilihan warna eksklusif iaitu Dark Petrol (warna baharu) dan Power Grey (warna daripada musim 2021).






