Spyshot Yamaha YZF-R15 V4 2022 sedang menjalani ujian di jalan raya Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi?

Selepas pelancarannya di beberapa buah negara jiran termasuk Thailand baru-baru ini, nampaknya Malaysia akan menjadi destinasi seterusnya untuk model sport bike baharu Yamaha YZF-R15 V4 (Version 4.0) 2022. Model tersebut bakal menggantikan generasi sebelumnya Yamaha YZF-R15 2021, yang dijual dengan harga asas RM 11,988.00.

Setakat ini spyshot Yamaha YZF-R15 V4 telah berjaya dikesan, di mana dua unit model ujian milik HLYM itu didapati sedang menjalani ujian jalan raya, sumber daripada laman Paultan.org. Tarikh pelancarannya pula dijangkakan bakal berlangsung tidak lama lagi, kemungkinan besar dalam suku ketiga tahun ini iaitu antara bulan Julai sehingga Ogos.

Antara kelebihan Yamaha YZF-R15 V4 berbanding versi sebelumnya ialah ianya tampil dengan gaya dan reka bentuk baharu yang lebih sporty, di samping dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi dan ciri-ciri terkini yang lebih moden dan canggih. Namun harganya nanti mungkin lebih tinggi, bergantung kepada senarai kelengkapan yang ditawarkan.

Selain itu untuk makluman anda, HLYM baru-baru ini juga dikesan sedang melakukan ujian terhadap sebuah model kapcai baharu, yang mana model tersebut adalah sama dengan model Yamaha Sirius Fi di pasaran Vietnam. Nampaknya HLYM pada tahun ini sangat sibuk dengan perancangan pelancaran model-model terbaharu di negara kita.