Yamaha Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition 2022 kini di pasaran Malaysia, terhad 5,000 unit sahaja

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada dua hari yang lepas dengan rasminya telah memperkenalkan Yamaha Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition 2022 untuk pasaran Malaysia, dalam edisi terhad 5,000 unit sahaja. Model berkenaan dijual dengan harga asas RM 11,688.00, dengan jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perbatuan.

Selain daripada perubahan skim warna berbanding model standard dan edisi Doxou, Yamaha Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition masih kekal dengan spesikasi teknikal sedia ada. Namun oleh kerana ianya sebuah model edisi terhad yang istimewa, HLYM turut menyediakan beberapa cenderahati menarik bagi menjadikannya lebih eksklusif.

Beberapa cenderahati itu termasuklah Sijil Pengesahan, Tumbler Premium WGP 60th Anniversary, Pin WGP 60th Anniversary dan Rantai Kunci WGP 60th Anniversary. Tidak dilupakan ialah percuma kunci cakera Yamaha bernilai RM 100.00. Lebih dari itu HLYM turut menawarkan koleksi pakaian WGP 60th Anniversary di GENBLU Online Shop.