Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada hari ini dengan rasminya melancarkan model moped Yamaha 135LC Fi 2022 generasi terbaharu, bagi menggantikan model generasi sebelumnya iaitu Yamaha 135LC 2021. Menurut HLYM, model tersebut hanya eksklusif untuk pasaran Malaysia sahaja, bermakna ianya tidak akan dijual di negara-negara lain.
Month: March 2022
Suzuki Raider R150 Fi, Suzuki GSX-R150 dan Suzuki GSX-S150 2022 bakal dilancarkan pada 10hb. Mac 2022 (Khamis)
Suzuki Malaysia hari ini mendedahkan tarikh pelancaran rasmi untuk tiga buah model terbaharu keluarannya, iaitu Suzuki Raider R150 Fi 2022, Suzuki GSX-R150 2022 dan Suzuki GSX-S150 2022. Melalui video teaser yang disiarkan di dalam laman Facebook mereka sebentar tadi, tarikh pelancaran hanya tiga hari lagi (10hb. Mac 2022), Khamis.
Yamaha 135LC 2022 (New Facelift Version) akan dilancarkan pada tarikh 08hb. Mac 2022 (Selasa)
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada tarikh 08hb. Mac 2022 (Selasa) akan datang, bakal melancarkan sebuah model motosikal terbaharu untuk pasaran Malaysia. Setakat ini syarikat pengeluar motosikal tersebut telah menyiarkan sebuah video teaser melalui laman Facebook rasmi mereka, sedikit sebanyak telah memberikan bayangan awal.
WMoto ES 250i 2022 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi, adakah ianya dilengkapi enjin 250cc?
WMoto Malaysia (MForce Bike) baru-baru ini telah menyiarkan video teaser mengenai sebuah model skuter terbaharu yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Kini nama rasmi untuk model skuter tersebut berkemungkinan telah terdedah, dan ianya mungkin atau dijangkakan akan dikenali dengan nama WMoto ES 250i 2022.
Honda RS150R 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga jualan asas RM 8,299.00
Boon Siew Honda pada hari ini rasmi melancarkan model moped Honda RS150R 2022 terbaharu, yang kini tampil dengan warna dan jalur grafik baharu. Di samping itu, model berkenaan kini dilengkapi enjin yang patuh piawaian Euro 4, dan turut dilengkapi sistem ekzos (muffler) serba baharu yang menjadikan gaya penampilannya kini lebih sporty.
Harga asas terkini Honda RS-X adalah sebanyak RM 9,550.00
Model moped popular Honda RS-X 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia dalam bulan November yang lepas, dengan harga jualan asas sebanyak RM 8,688.00 sahaja. Pada tahun 2022 ini bagaimanapun harganya telah meningkat baru-baru ini, setelah tamatnya pengecualian duti eksais 100 peratus yang berakhir pada tarikh 31hb. Disember 2021.






