Skuter Motoposh Evo 125 di pasaran Filipina tampil bergaya dan sporty

Di pasaran Filipina, Motoposh Philippines menawarkan model-model motosikal dan juga skuter yang menarik, salah satu daripadanya ialah Motoposh Evo 125. Tampil bergaya dan juga sporty, model tersebut dilengkapi enjin bersesaran 124.6cc, namun masih lagi menggunakan sistem karburetor. Sistem transmisinya pula sudah pasti jenis automatik.

Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin Motoposh Evo 125 mencapai 7.5hp @ 7,500rpm, dengan tork maksimum 7.3Nm @ 6,000rpm. Kapasiti tangki bahan apinya ialah maksimum 5.5 liter, agak luas untuk jarak perjalanan yang lebih jauh. Untuk tahap keselamatan terbaik, ianya dilengkapi brek depan jenis cakera dan brek belakang dram.

Antara ciri-ciri menarik yang dibekalkan untuk Motoposh Evo 125 ini termasuklah panel meter semi digital, sistem lampu LED dengan lampu LED Running Signal Light, sistem penghidup elektrik, Side Stand Ignition Sensor, dan port pengecas USB. Pada ketika ini, Motoposh Philippines turut menawarkan model Motoposh Evo 150 dengan enjin 150cc.

Melihat ke dalam laman sesawang rasmi Motoposh Philippines, kesemua model-model motosikal dan skuter yang dijual di pasaran Filipina berasal dari negara China. Ketika ini pasaran motosikal di negara China sangat besar, dengan kemunculan banyak syarikat-syarikat pengeluar motosikal yang mengeksport produk mereka ke pasaran luar negara.