PETRONAS Sepang Racing Team (PSRT), dengan kerjasama OHVALE, kini dengan bangganya mengumumkan jentera perlumbaan mini PETRONAS SRT OHVALE Special Series MiniGP 2021, yang didatangkan dalam edisi terhad dengan jumlah hanya 46 unit sahaja. Model tersebut akan berada di pasaran mulai bulan September akan datang.
PETRONAS SRT OHVALE Special Series MiniGP diasaskan daripada jentera OHVALE 160cc GP-0, dengan beberapa naik taraf utama dan kelengkapan tambahan yang lain. OHVALE GP-0 merupakan jentera yang sama telah dipilih oleh DORNA dan FIM untuk perlumbaan dalam siri kejuaraan dunia (FIM MiniGP World Series Championship).
Naik taraf dan penambahbaikan yang dilakukan untuk versi PSRT itu termasuklah di bahagian casis, agar ianya sesuai untuk penunggang yang lebih tinggi. Model tersebut juga dilengkapi fork depan Mupo dan suspensi belakang Ohlins yang boleh dilaraskan sepenuhnya, winglet dengan livery PSRT, karburetor Dell’Orto dan sistem ekzos Arrow.
PETRONAS SRT OHVALE Special Series MiniGP tampil dengan livery istimewa sama seperti jentera perlumbaan MotoGP. Menjadikannya lebih unik dan eksklusif ialah model tersebut mempunyai nombor siri masing-masing bagi setiap yang unit yang ditawarkan. Untuk yang berminat, tempahan telah dibuka dengan harga € 9,600 (RM 48,356.00).