Gymotor Flash X 2020 di pasaran China, model kapcai dengan penampilan mirip Honda RS150R

Di pasaran China, model kapcai Gymotor Flash X 2020 ini mempunyai gaya rekaan dan penampilan hampir sama dengan model Honda RS150R di pasaran Malaysia. Enjinnya dipercayai bersesaran 110cc, sama seperti model kapcai Ottimo Viz 110 yang sebelum ini telah dilancarkan di pasaran negara kita pada penghujung tahun 2018 yang lalu.

Secara keseluruhannya, reka bentuk Gymotor Flash X ini kelihatan segar dan menarik, bersesuaian dengan perwatakannya sebagai sebuah model kapcai dengan ciri-ciri dan spesifikasi yang sederhana. Ianya dilengkapi brek cakera depan, rim roda yang sporty, panel meter yang jelas, soket kuasa USB dan juga ruang simpanan barangan peribadi.

Untuk anda yang mahu memiliki sebuah model kapcai seiras Gymotor Flash X ini, boleh dapatkan model Ottimo Viz 110 melalui mana-mana wakil pengedar yang berdekatan. Antara kelebihan model tersebut ialah enjinnya yang cekap dan menjimatkan. Dengan hanya setangki penuh 3.6 liter, ianya mampu mencapai perjalanan sehingga 180 km.