Daytona DY125RS dan Yamaha Crypton S terlaris di pasaran Greece untuk tahun 2020

Pasaran motosikal di negara Greece yang terletak di benua Eropah sememangnya boleh dikatakan dekat di hati rakyat Malaysia. Ini kerana Modenas sebelum ini telah memasarkan beberapa buah model motosikal mereka di pasaran Greece, antaranya seperti Modenas Kriss, Modenas Dinamik, Modenas Kristar dan Modenas GT135.

Pasaran Greece juga boleh dikatakan unik dan berbeza kerana menawarkan pelbagai model motosikal kapcai dan moped, seolah-olah persekitarannya sama seperti di rantau ASEAN. Bagi pasaran tahun 2020, terdapat senarai model-model motosikal kapcai dan moped terlaris di pasaran Greece, seperti senarai 10 yang terlaris seperti di bawah :

POSITION COMPANY MODEL CUBIC REGISTRATIONS
1 DAYTONA DY125RS 120 1878
2 YAMAHA CRYPTON S 114 1707
3 HONDA ASTREA GRAND, REVO 109 1020
4 SYM VF125 123 837
5 SYM VF185 183 647
6 DAYTONA SPRINTER 120 641
7 HONDA SUPRA GTR 150 149 540
8 HONDA SUPRA X HELM IN 125 525
9 KEEWAY TARGET 125 125 453
10 DAYTONA VELOS R 125 120 452

Bagi musim jualan tahun 2020, Daytona DY125RS menjadi model paling laris, dengan jumlah pendaftaran sebanyak 1,878 unit. Model tersebut dilengkapi enjin 120cc dengan sistem suntikan bahan api EFI dan transmisi empat kelajuan. Kuasa maksimum yang dihasilkannya mencapai 8.5PS @ 8,500rpm dengan tork puncak 8.3Nm @ 5,500rpm.

Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi Daytona DY125RS adalah seperti sistem brek cakera depan dan belakang dengan CBS (Combined Braking System), pilihan warna yang menarik dan reka bentuknya yang sporty dan seperti pernah dilihat. Harga yang ditawarkan untuk Daytona DY125RS adalah sebanyak Euro 1,565 (RM 7,703.16).

Model kedua terlaris ialah Yamaha Crypton S yang dikuasakan enjin bersesaran 114cc dengan sistem suntikan bahan api EFI dan transmisi empat kelajuan. Model tersebut menawarkan kuasa maksimum 9.0PS @ 7,000rpm dengan tork 9.2Nm @ 5,500rpm. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak Euro 2,450, bersamaan RM 12,059.26.

Turut berada dalam senarai 10 model terlaris di atas ialah Honda Astrea Grand, SYM VF125, SYM VF185 dan Honda Supra GTR 150. Besar kemungkinan jika Modenas masih lagi mempunyai model-model kapcai dan moped yang sesuai dipasarkan di pasaran Greece, pasti jenama pengeluar motosikal tempatan itu akan turut tersenarai.

Sumber : Bikeit.gr

Galeri : Daytona DY125RS dan Yamaha Crypton S

Artikel menarik minggu ini :