GPX Thailand dan SYM Taiwan umum kerjasama untuk menghasilkan model skuter premium baharu

GPX Thailand dan SYM Taiwan baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama di antara kedua-dua syarikat tersebut dalam menghasilkan model-model skuter premium baharu. Ianya akan dikeluarkan dan dilancarkan di pasaran Thailand bagi pihak GPX, manakala bagi pihak SYM, ianya akan dikeluarkan dan dilancarkan di pasaran Taiwan.

Menurut GPX Thailand, mereka telah bekerjasama dengan SYM Taiwan sejak dua tahun yang lalu dalam membangunkan model skuter terbaharu yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini. Model tersebut akan menawarkan ciri-ciri yang menepati citarasa pengguna sama ada dari segi enjin, prestasi dan juga rekaan yang menarik.

GPX ketika ini merupakan salah sebuah syarikat pengeluar motosikal di pasaran Thailand yang sedang meningkat naik. Pelbagai model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan telah dieksport ke lebih tujuh buah pasaran luar negara antaranya seperti Kemboja, Vietnam, Nepal, Bangladesh, Malaysia, Hong Kong dan Jepun.

(Visited 87 times, 1 visits today)