Yamaha Exciter 150 ‘The Four Kings’ 2021 dilancarkan di pasaran Vietnam dengan empat pilihan warna sensasi

Yamaha Motor Vietnam secara rasminya melancarkan model Yamaha Exciter 150 ‘The Four Kings’ 2021 terbaharu, yang bakal berada di pasaran mulai tarikh 01hb. November 2020. Yamaha Exciter 150 versi terbaharu itu mempunyai empat tema warna masing-masing yang tersendiri iaitu Fire Dust, Blue Raptor, Night Flash dan Green Beast.

Spesifikasi teknikal bagaimanapun kekal sama seperti versi sebelumnya, mungkin kerana model ini dilancarkan sementara menantikan pelancaran rasmi versi naik taraf terbaharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak 47,990,000 VND, bersamaan RM 8,572.47 mengikut nilai mata wang semasa.

Yamaha Exciter 150 ‘The Four Kings’ 2021 dikuasakan enjin bersesaran 150cc SOHC dengan sistem sejukan cecair, menghasilkan kuasa maksimum 15.4hp @ 8,500rpm dengan tork maksimum 13.8Nm @ 7,000rpm. Model moped tersebut juga dilengkapi lampu depan dan belakang LED, panel meter digital LCD dan tayar depan yang lebar.

(Visited 14,657 times, 1 visits today)