Baru-baru ini model kembara Honda Africa Twin model tahun 2021 secara rasminya diperkenalkan di pasaran Eropah. Masih mengekalkan pakej teknikal sama seperti model tahun 2020, ianya kini didatangkan skim warna terbaharu Pearl Glare White Tricolour, di samping dua warna terdahulu Grand Prix Red dan Matte Ballistic Black.
Honda Africa Twin 2021 dikuasakan enjin berkapasiti 1,084cc (SOHC Liquid-cooled 4-stroke 8-valve Parallel Twin with 270° crank and Uni-cam) yang bertaraf Euro 5, dengan hamburan kuasanya mencapai 100.5hp @ 7,500rpm dengan tork 105Nm @ 6,250rpm. Pilihan transmisi ialah sama ada manual enam kelajuan atau DCT enam kelajuan.
Model tersebut dilengkapi unit IMU (six-axis Inertial Measurement Unit) yang canggih dan ditugaskan untuk mengawal mod tunggangan dan sistem HSTC (Honda Selectable Torque Control), termasuklah tiga sistem tambahan iaitu Cornering ABS (with off-road setting), Wheelie Control, Rear Lift Control dan juga sistem DCT cornering detection. Tour, Urban, Gravel dan Off-Road merupakan empat mod tunggangan yang tersedia.
Honda Africa Twin 2021 turut menawarkan skrin sesentuh berukuran 6.5 inci TFT MID (Multi Information Display) berwarna sepenuhnya, dengan ciri sambungan Apple CarPlay® dan teknologi Bluetooth. Lampu depan LED dengan lampu DRL (Dual LED Daytime Running Lights) seterusnya meningkatkan penglihatan dan ciri keselamatan.
Ciri-ciri lain yang melengkapi jentera kembara lasak tersebut antaranya ialah lampu belakang LED, soket pengecas USB, Auto Turn Signal Cancel, sistem Cruise Control, Emergency Stop Signal, sistem brek ABS dual channel, tangki bahan api 18.8 liter, ketinggian tempat duduk 850/870mm dan berat (kerb weight) 226kg (DCT 236kg).