Sama ada anda pernah atau tidak pernah melihat model konsep Suzuki Nuda ini, perlu diakui bahawa penampilannya sangat futuristik dan tidak dijangkakan. Tambahan pula ia muncul buat pertama kali pada tahun 1986, bertempat di acara Tokyo Motor Show. Bayangkan betapa terpesonanya pengunjung yang melihatnya pada ketika itu.
Model konsep Suzuki Nuda ini bukanlah untuk pameran semata-mata, sebaliknya boleh ditunggang dengan kelajuan maksimumnya mencapai 280 km/j. Enjinnya diambil daripada model Suzuki GSX-R750, manakala hamburan kuasanya disalurkan kepada kedua-dua roda menggunakan lengan ayun tunggal yang menempatkan aci pemacu.
Roda depannya dioperasikan oleh ‘hub centre steering’, sama seperti yang boleh dilihat pada model Bimota Tesi H2. Sayangnya selepas lebih 30 tahun kemunculannya, Suzuki Nuda ini masih kekal sebagai sebuah model konsep. Kos pengeluarannya dikatakan terlalu tinggi dan sistem pacuan dua rodanya diragui ketahanannya.