Selepas memperkenalkan Yamaha 135LC 2019 dalam bulan Jun, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) kemudiannya memperkenalkan pula Yamaha 135LC Special Edition 2019, dalam bulan September tahun yang sama.
Yamaha 135LC Special Edition 2019 merupakan model edisi istimewa yang telah menerima ciri-ciri tambahan eksklusif seperti warna baharu Knight Blu, rekaan grafik yang trendy dan jalur rim ranggi. Tidak dilupakan ialah kunci cakera Yamaha bernilai RM100.00 yang didatangkan percuma bagi setiap pembelian.
Bahagian enjin dan teknikal yang lain tidak berubah, sama seperti apa yang ditawarkan oleh model 135LC standard. Harga untuk Yamaha 135LC Special Edition 2019 adalah sebanyak RM 7,118.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).