Artis popular Zizan Razak hari ini menerima motosikal baharunya Yamaha Y16ZR 2021 berwarna Arrow Blue, yang diserahkan oleh syarikat Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM). Majlis penyerahan berlangsung di ibu pejabat HLYM di Sungai Buloh dan disaksikan oleh Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, Dato’ Jim Khor.

