Yamaha baru-baru ini telah mengumumkan Yamaha NMAX ABS 2022 di pasaran Jepun akan tiba dengan tiga pilihan warna terbaharu, mulai tarikh 30hb. September 2022. Tiga pilihan warna terbaharu itu ialah Matte Dark Green, White dan Matte Dark Gray. Harga jualan pula kekal tidak berubah iaitu sebanyak 368,500 Yen, bersamaan RM 12,179.09.
Tag: Yamaha NMAX
Yamaha NMAX 160 Spider-Man Edition 2022 diperkenalkan di pasaran Brazil
Sempena dengan pembukaan tayangan filem superhero Spider-Man : No Way Home yang bermula dalam minggu ini, Yamaha di pasaran Brazil kini memperkenalkan model skuter istimewa Yamaha NMAX 160 Spider-Man Edition 2022. Dikeluarkan dalam edisi terhad, harga jualannya adalah sebanyak BRL 16,490.00, bersamaan RM 12,270.40.
Yamaha NMAX ABS 2021 diperkenalkan di pasaran Jepun, tampil serba baharu dengan pelbagai teknologi terkini
Pada bulan Mei 2020 yang lepas, model skuter terbaharu Yamaha NMAX ABS 2021 secara rasminya diperkenalkan di pasaran Jepun. Model tersebut merupakan pengganti kepada model terdahulu Yamaha NMAX 125 ABS 2020 yang berada di pasaran negara itu sebelum ini. Ianya akan berada di pasaran Jepun mulai tarikh 28hb. Jun 2021.
Warna baharu untuk Yamaha NMAX 2021 di pasaran Malaysia, sayangnya masih belum Connected
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) bakal melancarkan Yamaha NMAX 2021 terbaharu tidak lama lagi, berdasarkan paparan imej brosur rasmi model skuter tersebut yang terdedah di dalam media sosial. Berbanding model sebelumnya, ianya kini tampil dengan pilihan dua warna terbaharu yang lebih sporty iaitu Icon Grey dan Power Grey.
Yamaha NMAX Connected 2021 dijangka bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi
Salah sebuah model skuter bergaya sporty dan lengkap dengan ciri-ciri praktikal yang ditawarkan di pasaran Malaysia pada ketika ini ialah Yamaha NMAX 2020 terbaharu. Model tersebut dilancarkan dalam bulan Disember 2020 yang lepas, dalam dua pilihan warna Merah dan Kelabu. Harga jualan asasnya adalah sebanyak RM 8,998.00.
Yamaha NMAX 2021 versi klon buatan China
Skuter Yamaha NMAX generasi pertama diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2015. Kemudiannya generasi kedua yang menerima reka bentuk facelift terbaharu telah diperkenalkan pada tahun 2020. Untuk pasaran China, terdapat model Yamaha NMAX generasi pertama versi klon yang ditawarkan dengan reka bentuk yang sangat mirip.






