Selain daripada model sport bike full fairing Yamaha YZF-R25 2022, pasaran Malaysia pada hari ini turut menerima pelancaran model naked Yamaha MT-25 2022. Perubahan utama yang diperkenalkan oleh HLYM pada model tersebut kali ini hanyalah kemaskini warna terbaharu, dalam dua pilihan warna menarik iaitu Cyan Storm dan Icon Blue.
Tag: Yamaha MT-25 Model Year 2022
Yamaha MT-25 ABS 2022 diperkenalkan di pasaran Jepun, dilengkapi enjin lebih bersih dengan skim warna baharu
Yamaha hari ini rasmi memperkenalkan model naked Yamaha MT-25 ABS 2022 untuk pasaran domestik Jepun. Apa yang berubah kali ini ialah enjin dan sistem ekzos pada model berkenaan kini telah dinaik taraf, menjadikan pengeluaran emisinya lebih bersih dan patuh piawaian yang terkini. Pada masa yang sama, prestasi enjinnya kekal sama.


